
24/2/2026 – Mahir Jahit Minggu 7: Menggunting Pesak
Kelas Mahir Jahit Minggu 7 telah dijalankan dengan fokus kepada teknik menggunting pesak dengan betul dan kemas mengikut pola yang telah disediakan. Peserta diberikan tunjuk ajar berkaitan cara pemotongan kain bagi memastikan hasil jahitan lebih tepat dan teratur. Peserta juga boleh menonton dan belajar dari rumah sekiranya mempunyai urusan atau tidak dapat hadir ke NADI.

3/3/2026 – Mahir Jahit Minggu 8: Menjahit Kurung Pesak
Sesi Minggu 8 diteruskan dengan aktiviti menjahit baju kurung pesak menggunakan potongan kain yang telah disediakan sebelum ini. Peserta mempelajari teknik cantuman dan jahitan asas bagi menghasilkan jahitan yang lebih kemas dan teratur. Selain hadir secara fizikal di NADI, peserta juga boleh mengikuti pembelajaran dari rumah sekiranya mempunyai komitmen atau tidak dapat datang ke NADI.

31/3/2026 – Mahir Jahit Minggu 9: Jahit Kain Susun Tepi
Pada minggu ini, peserta mempelajari cara menjahit kain susun tepi dengan kemas dan teratur bagi menghasilkan pakaian yang lebih cantik dan berkualiti. Tenaga pengajar turut memberi tunjuk ajar mengenai teknik jahitan dan kekemasan bahagian tepi kain. Peserta juga boleh menonton dan belajar dari rumah jika mempunyai urusan lain atau tidak dapat hadir ke NADI.