NADI Kota Sentosa

Rowena Chinda Grinsam
Produk : Set manik accessories bidayuh & kain buriek (skirt, vest & dress)

No tel : 013-8136440

Platform perniagaan seperti yang berikut :

Facebook : https://www.facebook.com/rowena.grinsam

Kisah Kejayaan :

Puan Rowena memulakan perniagaannya bermula dengan minatnya dalam bidang jahitan. 

Beliau juga berminat dalam membuat manik yang bercorak moden khasnya masyarakat Bidayuh.

Oleh kerana minat yang tinggi dalam menjahit, beliau mula membuat kain buriek iaitu tekoyong lebih dikenali sebagai siput sedut yang dilekat dan dijahit pada kain skirt, vest atau dress.

Hasil rekaan buriek adalah hasil idea beliau sendiri.

Beliau mula belajar membuat manik daripada Youtube dan juga daripada kawan-kawan yang pakar dalam pembuatan manik moden.

Antara rekaan untuk aksesori manik iaitu merupakan trademark beliau ialah “umang paku” kerana beliau berasal dari Betong.

Beliau aktif dalam perniagaan dari tahun 2012 sehingga kini. (12 tahun )

Beliau sangat aktif mengikuti event-event besar seperti Ratu Buriek dan Buriek Gala Night.

Sejak menyertai event-event yang besar, beliau mendapat banyak tempahan dari pihak VIP, NGO, agensi swasta dan juga untuk majlis perkahwinan. 

Beliau turut mengadakan kelas membuat manik dan kelas buriek untuk golongan muda seperti kolej komuniti kuching, persatuan NGO dan juga agensi swasta seperti Emart.

Yuran kelas yang dikenakan adalah RM 150 untuk satu set manik disediakan oleh beliau sendiri.