Perpustakaan Awam Kota Sentosa
Latar belakang penubuhan
Perpustakaan Awam Kota Sentosa ditubuhkan dengan kos perbelanjaan RM2.8 juta dan merupakan projek pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RM8) dengan keluasan lantai 941 meter persegi. Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Micheal Manyin ak Jawong, Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam pada 15 Mei, 2006. Bangunan baru ini dilengkapi penghawa dingin dan mempunyai suasana persekitaran yang selesa untuk pembelajaran dan riadah. Terletak di Pasar Kota Sentosa dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Untuk pergi ke Perpustakaan Awam Kota Sentosa anda boleh menggunakan jalan Pasar Kota Sentosa (papan tanda arah ada diletakkan di sepanjang jalan Pasar Batu Tujuh) atau menggunakan Jalan Lapangan Terbang Lama.
Bangunan perpustakaan ini mempunyai
1. Perkhidmatan Kaunter Pinjaman (Pendaftaran dan membaharui keahlian dan pemulangan buku)
2. Ruang Bacaan Majalah dan Suratkhabar
3. Sudut Kanak-kanak (Bilik Aktiviti)
4. Pejabat Am
5. Bilik Lokar
VISI
Bercita-cita menjadi sebuah perpustakaan yang memberi perkhidmatan mesra pengguna dan penyediaan lebih banyak bahan ilmiah dalam mewujudkan masyarakat yang celik huruf dan maklumat.
MISI
Meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan perpustakaan dengan menyediakan bahan-bahan perpustakaan yang tersusun, mudah kesan bahan maklumat atau buku yang terdapat di perpustakaan dan buku yang tersedia adalah memenuhi keperluan untuk semua peringkat pendidikan dan social penggunanya.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Pinjaman buku
Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan Multimedia
Perkhidmatan Pencarian Buku Atas Talian -OnLine Public Access Catalog (OPAC)
Perkhidmatan Fotostat
Sudut Kanak-kanak (bilik aktiviti)
Sudut Pameran Buku Baru Perpustakaan
Kemudahan Majalah dan Suratkhabar Kebelakang
Kemudahan penyimpanan bagasi
PENDIDIKAN
- Tadika Dewan Perniagaan Batu 7
- SJK(C) Sam Hap Hin
- SMK Sungai Tapang