7/4/2026 – Mahir Jahit Minggu 13: Draf Pola Kain Duyung & Gunting Fabrik
Kelas Mahir Jahit Minggu 13 telah dijalankan dengan memberi fokus kepada cara menghasilkan draf pola kain duyung serta teknik menggunting fabrik mengikut ukuran dan pola yang telah disediakan. Peserta diberikan tunjuk ajar mengenai langkah penyediaan pola yang betul bagi memastikan hasil potongan kain lebih kemas, tepat dan memudahkan proses jahitan pada peringkat seterusnya.

14/4/2026 – Mahir Jahit Minggu 14: Menjahit Kurung Moden
Pada minggu ini, peserta mempelajari teknik asas menjahit kurung moden bermula daripada proses cantuman kain sehingga kekemasan jahitan pakaian. Sesi pembelajaran ini membantu peserta meningkatkan kemahiran menjahit dengan lebih teratur serta memberi pendedahan kepada teknik jahitan yang kemas dan berkualiti.

21/4/2026 – Mahir Jahit Minggu 15: Manipulasi Pola Kebaya dan Dress A-Line
Kelas Minggu 15 memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik manipulasi pola bagi menghasilkan rekaan kebaya dan dress A-Line mengikut gaya dan potongan yang diinginkan. Peserta mempelajari cara mengubah suai pola asas dengan lebih kreatif serta memahami teknik penyediaan pola sebelum proses jahitan dilakukan. Selain menghadiri kelas di NADI, peserta juga boleh menonton dan belajar dari rumah sekiranya mempunyai urusan atau tidak dapat hadir ke NADI.
